Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

5 Stadium Bola Sepak Termahal Di Asia

5 Stadium Bola Sepak Termahal Di Asia

Peminat sukan kian hari semakin meningkat di Asia. Masyarakat di benua yang besar ini bekerja keras dan semakin kaya hari demi hari. Terdapat banyak tekanan yang terlibat dalam pekerjaan mereka. Mereka ini mencari jalan untuk menghiburkan diri sendiri.
Hari ini salah satu aktiviti santai paling popular di Asia adalah menonton sukan. Semua ini membawa kepada pembinaan beberapa stadium yang mahal.
Berikut adalah 5 stadium yang paling mahal di Asia:

 1) Stadium Nasional, Singapore (Sports Hub) $1.33 Billion
Stadium Nasional Singapura adalah stadium yang paling mahal di Asia. Sebanyak $ 1.33 bilion kos yang dibelanjakan untuk membina stadium yang mewah ini. Ia terletak di Kallang dan mempunyai 55,000 tempat duduk. Stadium ini mempunyai permukaan rumput. Arena pelbagai fungsi ini digunakan kebanyakannya untuk perlawanan bola sepak.

 2) King Abdullah Sports City – $560 Juta (Arab Saudi)
Ia berkos sebanyak $ 560 juta untuk membina stadium ini, yang mempunyai 62, 241 kerusi. Digelar sebagai ‘The Shining Jewel‘, stadium pelbagai guna ini terletak 60 kilometer ke utara Jeddah, Arab Saudi. Ia adalah stadium terbesar di Jeddah dan kedua terbesar di Arab Saudi.

3) Basra Sports City – $550 Juta (Iraq)
Bertempat di Basra, South Iraq, stadium ini mempunyai kapasiti sebanyak 65,000 tempat duduk. Kos pembinaan untuk stadium ini adalah bernilai $ 550 juta. Stadium ini merupakan hak milik Kerajaan Iraq

 4) Shenzhen Universiade Sports Centre – $530 Juta(Cina)
Stadium pelbagai guna ini terletak di Shenzhen, Guangdong, China. Kos yang dibelanjakan untuk membina stadium ini adalah sebanyak $ 530 juta yang mempunyai 60, 334 kerusi. Ia digunakan untuk acara sukan olahraga dan perlawanan bola sepak.

 5) Stadium Antarabangsa King Fahd – $510 Juta (Arab Saudi)
Digelar sebagai ‘Permata Stadium‘, stadium yang indah ini adalah terletak di Riyadh, Arab Saudi. Ia menelan kos sebanyak $ 510 juta untuk membina stadium ini. Stadium ini mempunyai kapasiti sebanyak 68, 752 kerusi.

Credit : MENSIVE INTERNATIONAL

Tidak ada lelaki yang dilahirkan stailo, bro!

Tidak ada lelaki yang dilahirkan stailo, bro!

Setengah orang pakai seluar pendek dengan selipar pun nampak stail. Apa lah diorang ni buat untuk kekal dengan imej bergaya sepanjang masa?


Sentiasa menggayakan pakaian yang selesa dengan diri.

Untuk rasa selesa, pakaian haruslah sesuai dengan diri anda, baru boleh tingkatkan keyakinan. Bak kata ‘Hipster Pomade’ – Just Be Yourself.

Bergaya mengikut bentuk badan.


Tubuh anda berangka besar atau kecil? Ambik perhatian, setiap corak dan warna pakaian akan memberi efek kepada penampilan anda.

Pilih hairstylist anda.

Untuk mendapatkan gaya rambut yang paling sesuai dengan bentuk muka anda, pilih lah hairstylist yang berpengalaman.

Belajar cuci, gosok dan bersihkan baju dan kasut sendiri.

Ini akan memupuk disiplin dalam diri anda dan menjadikan anda lebih konsisten untuk kekal stailo sepanjang masa.


Sumber : The hipster Pomade

9 Gaya Rambut Lelaki Yang Popular Pada Masa Kini

9 Gaya Rambut Lelaki Yang Popular Pada Masa Kini

Ini lah dia Fesyen Rambut Lelaki yang popular, trending dan hot pada masa kini.

1. Fade
Potongan pendek dan tebal di bahagian atas kepala dan bahagian tepi dipotong pendek dan nipis.

2. Man Bun
Rambut dari dahi ditarik ke belakang dan diikat di bahagian tengah atau belakang kepala.

3. Undercut
Gaya rambut ini menampilkan potongan rambut pendek dan nipis di tepi kepala dan rambut panjang di atas kepala tetapi tidak boleh diikat seperti Man Bun.

4. Top knot
Kombinasi dua jenis stail rambut iaitu Undercut dan Man Bun. Rambut di bahagian tepi dipotong pendek dan nipis. Manakala rambut bahagian tengah dibiarkan panjang dan tebal. Cara ikat sama seperti Man Bun iaitu tarik rambut dari dahi ke bahagian belakang kepala dan diikat di bahagian tengah atau belakang kepala.

5. Pompadour
Rambut banyak di bahagian tengah dan di bahagian tepi di potong dengan gaya slicked-back, tapered atau faded. Bahagian tengah disikat ke tepi untuk menghasilkan seperti gelembung ke depan.

6. Short back & Sides
Rambut di potong pendek di bahagian belakang dan tepi. Rambut tengah di biarkan panjang.

7. Side Part
Gaya klasik dan konservatif. Rambut pendek tetapi tidak nipis. Rambut disikat belah tepi.

8. Messy
Dengan rambut ala ala  serabut tapi masih mengekalkan alunan gelembung rambut yang baik, gaya rambut ini dikatakan mampu membuatkan lelaki kelihatan seksi pada wanita.

9. Modern Fringe
Bahagian tepi rambut dipotong pendek dan nipis tapi tak menampakkan kulit kepala. Rambut di bahagian depan mengunjur menutup dahi. Rambut bahagian atas dibiarkan tebal sama ada disikat secara lurus ke belakang atau dibiarkan beralun.

Cara Menggayakan Rambut Menggunakan Tangan!

Tak suka ambik masa lama untuk gayakan rambut?

Jom belajar cara untuk gayakan rambut dengan hanya menggunakan tangan. Belek dan siap!

LANGKAH 1

Selepas mandi, keringkan rambut dengan tuala dan gunakan ‘thickening hair spray’. Pegang penyembur rambut lebih kurang 10 inci dari kepala ketika menyembur, sambil menggunakan jari untuk menyebarkan produk tersebut.

LANGKAH 2

Ambil gel Hipster Pomade sebesar 50 sen dengan tangan anda dan sapukan ke atas rambut anda. Mulakan dari belakang kepala ke depan. Tunggu 5 minit untuk memastikan produk betul-betul kering.

LANGKAH 3


Gunakan ‘finishing hairspray’ dan semburkan ke seluruh pelusuk kepala. Gunakan tangan anda untuk memecahkan rambut halus anda untuk menambahkan volume ke rambut anda. Habis!

Credit : Hipster Pomade

6 Pantang Larang Untuk Menjaga Dan Memelihara Rambut

Andainya anda hendak mencegah diri daripada terkena penyakit seperti masalah kolestrol yang tinggi, ada pantang-larang yang patut anda ...