9 Gaya Rambut Lelaki Yang Popular Pada Masa Kini
Ini lah dia Fesyen Rambut Lelaki yang popular, trending dan hot pada masa kini.
1. Fade
Potongan pendek dan tebal di bahagian atas kepala dan bahagian tepi dipotong pendek dan nipis.
2. Man Bun
Rambut dari dahi ditarik ke belakang dan diikat di bahagian tengah atau belakang kepala.
3. Undercut
Gaya rambut ini menampilkan potongan rambut pendek dan nipis di tepi kepala dan rambut panjang di atas kepala tetapi tidak boleh diikat seperti Man Bun.
4. Top knot
Kombinasi dua jenis stail rambut iaitu Undercut dan Man Bun. Rambut di bahagian tepi dipotong pendek dan nipis. Manakala rambut bahagian tengah dibiarkan panjang dan tebal. Cara ikat sama seperti Man Bun iaitu tarik rambut dari dahi ke bahagian belakang kepala dan diikat di bahagian tengah atau belakang kepala.
5. Pompadour
Rambut banyak di bahagian tengah dan di bahagian tepi di potong dengan gaya slicked-back, tapered atau faded. Bahagian tengah disikat ke tepi untuk menghasilkan seperti gelembung ke depan.
6. Short back & Sides
Rambut di potong pendek di bahagian belakang dan tepi. Rambut tengah di biarkan panjang.
7. Side Part
Gaya klasik dan konservatif. Rambut pendek tetapi tidak nipis. Rambut disikat belah tepi.
8. Messy
Dengan rambut ala ala serabut tapi masih mengekalkan alunan gelembung rambut yang baik, gaya rambut ini dikatakan mampu membuatkan lelaki kelihatan seksi pada wanita.
9. Modern Fringe
Bahagian tepi rambut dipotong pendek dan nipis tapi tak menampakkan kulit kepala. Rambut di bahagian depan mengunjur menutup dahi. Rambut bahagian atas dibiarkan tebal sama ada disikat secara lurus ke belakang atau dibiarkan beralun.
Borang Maklumat Hubungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 Pantang Larang Untuk Menjaga Dan Memelihara Rambut
Andainya anda hendak mencegah diri daripada terkena penyakit seperti masalah kolestrol yang tinggi, ada pantang-larang yang patut anda ...
-
9 Gaya Rambut Lelaki Yang Popular Pada Masa Kini Ini lah dia Fesyen Rambut Lelaki yang popular, trending dan hot pada masa kini. 1. Fa...
-
Nak tampak handsome untuk orang tersayang? Tak perlu hingga kering poket atau memecahkan tabung semata-mata mahu jadi kacak bergaya dem...
-
5 Stadium Bola Sepak Termahal Di Asia Peminat sukan kian hari semakin meningkat di Asia. Masyarakat di benua yang besar ini bekerja ke...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan