Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

6 Pantang Larang Untuk Menjaga Dan Memelihara Rambut


Andainya anda hendak mencegah diri daripada terkena penyakit seperti masalah kolestrol yang tinggi, ada pantang-larang yang patut anda ikuti. Contohnya seperti elakkan makan makanan yang berminyak dan berlemak.

Andainya anda nak elakkan daripada terkena penyakit seperti diabetis, jangan letakkan terlalu banyak gula dalam makanan ataupun minuman anda.

Begitu juga hal penjagaan rambut. Terdapat pantang-larang yang mesti anda ikut agar rambut anda akan kekal sihat dan mengelakkan daripada berlakunya masalah-masalah rambut terutamanya rambut gugur.

Mengapa pantang-larang seperti ini wujud? Bak kata pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’, di mana ia bermaksud kita mesti elakkan daripada masalah itu berlaku dahulu sebelum ia terjadi.

Masalah yang sudah berlaku, kadangkala sukar untuk diselesaikan dan boleh juga menyebabkan kedatangan masalah-masalah lain.
Oleh itu, adalah sangat penting bagi anda untuk mengikuti pantang-larang ini agar anda dapat menjaga dan memelihara rambut dengan baik.
Jadi di sini, kami ingin kongsikan 6 pantang larang yang anda harus ikut seandainya anda mahu mengekalkan rambut yang sihat, segar dan menawan.

1. Jangan basuh rambut guna air panas

Membasuh rambut menggunakan air panas akan menyebabkan rambut anda tidak bersinar, mengerekot dan mudah gugur.

2. Banyakkan makanan yang mengandungi vitamin A dan D

Makanan seperti ikan dan sayur mengandungi banyak vitamin A dan D di mana ia membantu mengekalkan pertumbuhan rambut yang normal dan sihat.

3. Bersenam

Dengan bersenam, anda akan melancarkan lagi pengedaran darah agar sampai ke kepala di mana ia membawa nutrient-nutrien yang diperlukan untuk menjaga dan memelihara rambut dan kulit kepala anda.

4. Elakkan stres

Apabila anda stres, hormon kortisol akan meningkat dengan cepat dan seterusnya menyebabkan perubahan hormon yang mendadak lalu menyebabkan masalah keguguran rambut.

5. Elakkan minum minuman yang berkafein secara berlebihan

Kafein yang berlebihan dalam badan akan menyebabkan badan anda kekurangan zat besi dan akan menyebabkan rambut menjadi tidak kuat dan mudah gugur.

6. Elakkan menggunakan syampu yang banyak bahan kimia

Menggunakan syampu yang banyak bahan kimia boleh merosakkan rambut anda dalam jangka masa panjang. Ia boleh merosakkan zat-zat dan vitamin-vitamin yang diperlukan untuk menyihatkan rambut anda dan menghalang penumbuhan rambut yang sihat.

Lelaki Dan 5 Kesalahan Fesyen Yang Perlu Dielak

Walaupun fesyen lebih sinonim dengan wanita, namun lelaki tidak wajar memandang remeh tentang fesyen. Ini kerana fesyen yang betul dapat meningkatkan imej dan penampilan individu. Jom baca 5 kesalahan fesyen yang biasa dilakukan lelaki.

Beli tanpa rujukan
Bukan mahu seksis tetapi lelaki selalunya tiada rujukan dalam menentukan gaya mereka. Akhirnya, mereka akan masuk ke kedai atau butik pakaian dan beli apa saja yang dirasakan selesa dipakai. Sedangkan, ia tidak kena dan di situlah pentingnya rujukan. Jadi, jangan malas dan cuba luangkan masa dengan membuat rujukan di Internet. Bukankah kini semuanya di hujung jari?

Warna sama
Ini perkara biasa bagi mereka yang tidak berani atau gemar mencuba. Jika hitam adalah warna kegemaran, rona pakaian itu yang akan dipakai berulang kali. Sama juga dengan warna lain dengan alasan tidak mahu keterlaluan. Jangan silap, lelaki juga boleh memakai warna terang atau pastel dengan syarat bijak menggayakannya. 
Tidak kena dengan potongan badan
Ukur baju di badan sendiri adalah ungkapan tepat bagi mengingatkan jejaka supaya lebih teliti sebelum membeli pakaian atau seluar. Meskipun bertubuh kecil, jangan pula anda memakai baju terlalu besar. Manakala, elakkan baju potongan lekap tubuh jika anda bertubuh besar atau mempunyai perut buncit. Dalam berfesyen, bukan saja perlu suai padan tetapi penting untuk sorokkan kekurangan diri!

Padanan pelik
Usaha untuk menyuai padan itu mungkin sudah ada tetapi kelihatan tidak kena kerana kurangnya pengetahuan mengenai fesyen. Langkah selamat adalah tampil bersederhana atau minta pendapat daripada teman atau kenalan perempuan yang arif. Tidak salah untuk menyuai padan tetapi biarlah hasilnya sedap mata memandang. Jangan kerana ghairah tampil bergaya tetapi akhirnya anda pula ditertawakan!

Pakai berulang kali
Ini tabiat paling sinonim dengan lelaki namun tanpa disedari, mereka sudah tergolong dalam kategori pengotor! Alasan mereka adalah pakaian itu masih bersih dan jika kita lihat, denim antara helaian yang kerap dipakai berulang kali tetapi malas dicuci. Buang tabiat ini dan cuba biasakan untuk mengganti seluar atau pakaian harian anda. Jika ada wang lebih, beli seluar baru jadi tidaklah anda pakai denim yang sama berulang kali.

5 Hobi Yang Sesuai Bagi Lelaki

Adakah anda seorang lelaki yang membosankan? Atau anda rasa hidup anda hanya tertumpu kepada pekerjaan dan menguruskan hal keluarga atau kekasih? Mengikut kajian, individu yang mempunyai hobi lebih ceria dan sihat berbanding mereka yang tiada. Hobi yang baik juga membantu hubungan sosial dengan masyarakat setempat dan menjadikan pemiliknya individu yang positif. Terdapat banyak hobi yang sesuai untuk dilakukan oleh lelaki seperti senarai di bawah.

Membaca
Tidak ramai lelaki suka membaca kerana lelaki adalah makhluk yang lebih bertindak balas pada visual atau imej. Namun, lelaki yang membaca terutama buku dan majalah adalah seksi kerana mereka lebih berpengetahuan daripada lelaki yang banyak menghabiskan masa di laman sosial atau televisyen. Membaca memberikan anda ilmu yang berbeza dan menjadikan anda satu langkah ke hadapan berbanding orang lain dalam banyak perkara. 
Berkebun
Berkebun adalah hobi yang memberikan banyak faedah kepada diri dan keluarga. Dengan berkebun, anda dapat mengeluarkan peluh yang bagus untuk kesihatan tubuh, sekaligus mengelakkan penyakit. Ia juga adalah satu bentuk terapi yang baik untuk emosi dan minda. Dalam masa yang sama, berkebun uga membantu anda mengawal perbelanjaan seharian jika anda bercucuk tanam sayur-sayuran. Selain boleh dimakan, ia juga boleh dijual sekaligus dapat menambah pendapatan.
Bertukang
Kemahiran membuat perabot atau perkakas rumah banyak dijadikan hobi kerana ia mendatangkan kepuasan apabila dapat menghasilkan sesuatu dengan tangan. Jika anda seorang yang kreatif dan banyak idea, bertukang adalah minat yang paling sesuai untuk anda. Sama seperti berkebun, hobi bertukang dapat menjana pendapatan jika hasil kerja tangan anda boleh dijual. 
Bersukan
Ada banyak sukan yang boleh dijadikan hobi masa lapang anda, sama ada sukan outdoor atau indoor. Antara sukan indoor yang boleh dilakukan ialah bermain catur, pool, badminton, futsal dan bersenam di gim. Manakala sukan di luar pula seperti bermain bolasepak, memanah, berbasikal atau mendaki gunung. Sukan biasanya boleh menambahkan ramai kenalan dan jaringan perhubungan untuk kerjaya atau perniagaan.
Fotografi
Dengan kemajuan teknologi, hampir semua orang memiliki telefon pintar yang dilengkapi kamera. Selama ini anda sudah pun melakukan hobi ini tanpa disedari, cuma pada tahap asas sahaja. Mungkin selepas ini, anda boleh menggunakan tetapan (setting) pada kamera telefon yang selama ini terbiar tidak digunakan. Gambar yang mungkin membosankan boleh jadi lebih menarik selepas disunting. Kongsikan hasil tangkapan imej tersebut di laman sosial dan mungkin anda akan mendapat maklum balas menarik mengenai gambar anda. 

5 Cara Mudah Nampak Handsome Untuk Lelaki


Nak tampak handsome untuk orang tersayang? Tak perlu hingga kering poket atau memecahkan tabung semata-mata mahu jadi kacak bergaya demi si dia. 
Ikuti 5 cara mudah ini!

Bersihkan muka

Cuci muka dengan menggunakan pembersih muka yang sesuai mengikut jenis kulit anda. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kulit yang berminyak. Ini adalah langkah paling asas dalam penjagaan muka. Sabun buku yang anda gunakan pada badan anda itu bukan untuk muka tau. Sabun jenis itu mungkin terlampau kasar dan boleh menjadikan kulit muka anda kering. Cuci muka maksimum 2 kali sehari dengan pencuci muka.

Sental

Tanggalkan sel mati kulit wajah anda dan biarkan sel kulit baru menyinar dengan scrub. Barulah muka boleh nampak bersih dan berseri. Bukan kena pakai hari-hari pun. Anda hanya perlu scrub sekali dalam 2 atau 3 hari sahaja.

Melembab

Gunakan losyen. Losyen bukan sahaja bertindak sebagai pelembap, malahan bertindak sebagai pelindung kulit anda juga. Cuba gunakan losyen yang mempunyai pelindung sinaran UV lebih-lebih lagi jika pekerjaan memerlukan anda berpanas. Tak, jangan risau, tak macam perempuan pun. Cuma sekarang ini golongan wanita makin cantik dan makin pandai menjaga kecantikkan dalaman dan luaran mereka. Anda pun mesti mula juga untuk kebaikkan jangka masa panjang. Lagi sepuluh tahun takkan anda mahu pasangan anda sahaja yang awet muda, kan?

Jerawat jangan dipicit

Selagi boleh, tahan diri anda daripada memicit jerawat. Kadang kala geram kan, lebih-leboh lagi apabila jerawat anda itu sudah masak. Sabar saja. Tunggu dia pecah sendiri. Kalau tidak, berbekas nanti. Tapi, jika anda sudah tidak tahan sangat, pastikan tangan anda bersih ketika memicitnya. Gunakan tisu untuk mengelap sisa jerawat. Jangan bagi tisu yang sudah tercemar terkena bahagian lain muka anda tau.

Rapi

Jika anda menyimpan janggut atau misai, pastikan bebulu muka anda sentiasa ditrim atau dirapi kemas dan disisir jika perlu. Macam ini barulah ‘hensem’.


Sumber : Lelaki.my

Item Fesyen Wajib Ada Bagi Setiap Lelaki (Bahagian 2)

Dah periksa sama ada almari ada mempunyai Item Fesyen Wajib Ada Bagi Setiap Lelaki?
Kita sambung pula dengan 6 lagi barang asas untuk melengkapkan keperluan fesyen lelaki.

Pakaian Kebangsaan
Walau semoden mana pun anda, pakaian kebangsaan seperti baju Melayu dan kemeja batik adalah item fesyen yang perlu ada dalam simpanan. Ia juga boleh menjadi penyelamat jika anda perlu menghadiri majlis rasmi atau pergi ke tempat seperti masjid dan hotel secara tiba-tiba.

Tali Leher
Ia antara item fesyen yang lelaki mesti ada untuk acara rasmi. Ini kerana ianya mampu mengubah rupa dan gaya seseorang lelaki dalam sekelip mata biarpun anda menggunakan sut dan kemeja yang sama setiap kali.

Blazer/Suit
Jika rutin harian menghalang anda untuk mengenakan sut, blazer adalah pilihan fesyen yang boleh anda gunakan kerana ianya akan membuatkan penampilan anda tampak kasual segak. Ia helaian utama yang boleh anda suai padan dengan ceraian fesyen yang lain.

Jaket Kulit
Jaket kulit merupakan elemen yang penting dan sangat fleksibel setiap lelaki perlu ada dalam almari pakaian mereka. Ini kerana ia boleh dipakai dengan ceraian fesyen yang lain seperti jeans dan kemeja-T.

Cermin Mata Hitam
Cermin mata hitam yang sesuai dengan bentuk muka anda dapat menyerlahkan gaya anda walaupun hanya memakai t-shirt dan berseluar jeans.

Saputangan

Memang susah nak jumpa lelaki yang menyimpan saputangan pada zaman sekarang. Jika anda mempunyainya bermakna anda lelaki yang gentleman. Selain nampak classy dan unik bila diselit pada poket kemeja atau jaket, saputangan juga berguna sebagai pengganti tisu.

Sumber : Lelaki.my

Item Fesyen Wajib Ada Bagi Setiap Lelaki (Bahagian 1)

Jangan fikir hanya wanita sahaja yang perlu ada beberapa item wajib fesyen dalam almari mereka. Lelaki juga perlu ada sekurang-kurangnya lima barang asas ini supaya penampilan anda kemas, tersusun dan menarik.

Kemeja Putih Berbutang
Dengan mengenakan pilihan klasik ini, percayalah pilihan fesyen anda tidak akan mengecewakan atau memalukan anda, sama ada untuk majlis rasmi mahupun penggayaan kasual. 
Kemeja putih berbutang sentiasa buatkan anda kelihatan lebih maskulin. 

Tetapi pastikan ukuran dan saiz kemeja adalah sesuai dan terletak sempurna di badan anda agar ianya tampak lebih bergaya. Tidak terlalu ketat dan tidak pula terlalu longgar, itu prinsip pemakaian kemeja putih berbutang buat lelaki.

Kemeja-T Putih
Ianya wajib bagi setiap lelaki untuk mempunyai sekurang-kurangnya sehelai baju kemeja-T putih dalam gerobok fesyen mereka. Anda boleh pilih pelbagai pilihan potongan di bahagian leher yang anda sukakan dan sesuai dengan diri anda.

Tali Pinggang
Ianya adalah aksesori praktikal dan amat disarankan dalam almari pakaian mana-mana lelaki sekalipun. Trending terkini anda juga boleh menggantikannya dengan tali yang versatil dan khas untuk pengganti tali pinggang. Ia akan lebih tampak retro pada stail.

Jam Tangan
Setiap gaya lelaki akan secara automatik kabur jika pilihan jam yang salah untuk dipadankan bersama penampilan harian. Lelaki memerlukan jam tangan yang berkualiti dan penuh gaya. Ianya item penting dalam gerobok fesyen lelaki yang boleh bertahan bertahun-tahun. Pilihan jam tangan yang mewah dan versatil akan membuatkan penampilan seseorang lelaki lebih maskulin dan ianya boleh menonjolkan personaliti seseorang itu.

Kasut Rasmi
Kasut hitam sentiasa sesuai untuk kaum lelaki. Tidak kira untuk penggayaan kasual mahupun formal. Jeans, celana panjang khakis, segalanya sesuai untuk dikenakan bersama. Cuma yang penting pastikan kualiti kasut hitam tersebut adalah terbaik kerana pastinya anda akan menggunakannya agak lama.

Sneakers Santai

Ianya sesuai untuk penggayaan kala ke gim, kasual, kembara mahupun kala berjalan santai. Pilih sneakers putih yang stail dan tahan lasak serta selesa.

Sumber : Lelaki.my

6 Pantang Larang Untuk Menjaga Dan Memelihara Rambut

Andainya anda hendak mencegah diri daripada terkena penyakit seperti masalah kolestrol yang tinggi, ada pantang-larang yang patut anda ...