Dah periksa sama ada almari ada mempunyai Item Fesyen Wajib Ada Bagi Setiap Lelaki?
Kita sambung pula dengan 6 lagi barang asas untuk melengkapkan keperluan fesyen lelaki.
Pakaian Kebangsaan
Walau semoden mana pun anda, pakaian kebangsaan seperti baju Melayu dan kemeja batik adalah item fesyen yang perlu ada dalam simpanan. Ia juga boleh menjadi penyelamat jika anda perlu menghadiri majlis rasmi atau pergi ke tempat seperti masjid dan hotel secara tiba-tiba.
Tali Leher
Ia antara item fesyen yang lelaki mesti ada untuk acara rasmi. Ini kerana ianya mampu mengubah rupa dan gaya seseorang lelaki dalam sekelip mata biarpun anda menggunakan sut dan kemeja yang sama setiap kali.
Blazer/Suit
Jika rutin harian menghalang anda untuk mengenakan sut, blazer adalah pilihan fesyen yang boleh anda gunakan kerana ianya akan membuatkan penampilan anda tampak kasual segak. Ia helaian utama yang boleh anda suai padan dengan ceraian fesyen yang lain.
Jaket Kulit
Jaket kulit merupakan elemen yang penting dan sangat fleksibel setiap lelaki perlu ada dalam almari pakaian mereka. Ini kerana ia boleh dipakai dengan ceraian fesyen yang lain seperti jeans dan kemeja-T.
Cermin Mata Hitam
Cermin mata hitam yang sesuai dengan bentuk muka anda dapat menyerlahkan gaya anda walaupun hanya memakai t-shirt dan berseluar jeans.
Saputangan
Memang susah nak jumpa lelaki yang menyimpan saputangan pada zaman sekarang. Jika anda mempunyainya bermakna anda lelaki yang gentleman. Selain nampak classy dan unik bila diselit pada poket kemeja atau jaket, saputangan juga berguna sebagai pengganti tisu.
Sumber : Lelaki.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan